AB Wedding Photographer
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh ...
Salam pengenalan dan salam 1 Malaysia, nama saya Abu Bakar Mohd. Ali tetapi saya lebih senang dikenali sebagai ABU. Saya kini menetap di Skudai, Johor Bahru. Dilahirkan di Pekan Nanas, Pontian pada tahun 1969. mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pt. Haji Adnan, dalam sekitar tahun 1976. Sudah berumah tanga dengan pasangan wanita idaman dari Batu Pahat sejak 15 tahun yang lalu dan mempunyai seorang cahaya mata yang kini telah berusia 15 tahun.
Saya mula aktif didalam bidang fotografi sejak tahun 2009 dan
terlibat secara sambilan sebagai jurugambar perkahwinan seawal
tahun 2010. Waktu itu saya telah mula menjadikan bidang fotografi
sebagai kerjaya sampingan dan meletakkan Shimano Component (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai kerjaya utama.
Kamera pertama yang saya kendalikan ialah model Nikon DSLR D3000. Selepas saya mengunakan Nikon D3000 selama tidak sampai 5 bulan, pihak Nikon Corporations memperkenalkan kamera model D90. Saya membelinya kerana teruja dengan ciri-cirinya yang dapat merakamkan video disamping foto. Itupun tidak sampai setahun. Saya kini mengunakan kamera model D300s sebagai kamera utama. Kebanyakan foto-foto yang dihasilkan mengunakan lensa 50mm f/1.4G, 17-55mm f/2.8G IF ED, AF-S NIKKOR 70-200mm f/2.8G ED VR II dan 18-200mm f/3.5-5.6G ED VR II dan Speedlinghts SB-900.

Bidang Potraiture adalah yang paling saya gemari, lebih-lebih lagi kerjaya sambilan saya sebagai jurugambar perkahwinan dan memerlukan saya merakamkan momen dalam majlis akad nikah, majlis persandingan dan sesi outdoor. Karektor dan emosi yang berlainan yang kelihatan sepanjang majlis perkahwinan berlangsung memberi peluang kepada saya untuk merakamkan berkenaan dengan Human Interest. Perbagai reaksi yang kelihatan sepanjang majlis sama ada gembira, sedih, terharu, marah, stress dan sebagainya. Sesi outdoor bersama pasangan pengantin memberi peluang kepada saya untuk menyerlah lagi seri wajah pengantin disamping pentingnya pencahayaan yang menarik. Sesi potraiture memberi peluang untuk menghasilkan gambar yang diinginkan, oleh saya dan pasangan pengantin. Komunikasi yang baik, perancangan yang teliti dan emosi yang diinginkan memberi banyak impak dalam sesi potraiture disamping pemahaman yang jelas tentang elemen-elemen lain yang penting dalam fotografi.